Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 secara one-off mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.
SARA adalah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Program sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2025.
Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak secara automatik. Ini juga termasuk bagi penerima SARA yang sedia ada.
Penerima STR 2025 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2025 berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2025 - Disember 2025).
Manakala kadar tambahan kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 9 bulan (April 2025 - Disember 2025).
Penerima SARA 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
Tiada permohonan diperlukan.
Tiada permohonan diperlukan.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk membaca Soalan Lazim (FAQ).
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk membaca Soalan Lazim (FAQ).
Meliputi lebih 90,000 barangan asas tersedia di seluruh negara
Pembelian SARA boleh dibuat sepanjang tahun sehingga 31 Disember 2025 dan baki setiap bulan dibawa ke bulan seterusnya.
Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
Juruwang mengimbas setiap barang yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
Penerima bantuan membuat bayaran menggunakan MyKad untuk mengesahkan transaksi pembelian.
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.